Article ni huda ambik dari majalah Al Islam and nak share dengan u all sume..Untuk peringatan diri sendiri jugak..Baca tau. Renung-renungkan n selamat beramal :-))
1. Istighfar paling kurang 100 kali dan jika banyak masalah bacalah 1000 kali sehari atau lebih pun tidak mengapa, Insya-Allah akan terbuka jalan penyelesaian kepada masalah itu.
Istighfar membuka segala kesimpulan. Apa saja yang berlaku di dalam hidup ini, kunci masalah adalah di dalam hidup kita. Kitalah puncanya, Tuhan tidak menzalimi kita sebaliknya kita yang menzalimi diri kita sendiri.
Istighfar adalah konsep zero minda iaitu kosongkan jiwa hanya ada Dia. Bila Dia ada di dalam hidup ini maka semua masalah tidak akan ada ape-ape.
Hanya Dia yang mengaturkan semua masalah. Serahkan kepada Allah semuanya. Buat secara istiqamah.
2. Jika ada masalah atau mahu mendapat rezeki agar diberi jalan untuk dipermudahkan, buat selawat selama 10 hari sebanyak 1000 kali sehari. Dengan niat khusus, tapi jangan lupa solat fardu.
3. Buat solat taubat bermula daripada titik untuk berubah, buat setiap malam. Kemudian buat solat tahajud kerana di situ banyak keistimewaan yang dijanjikan.
4. Buat solat duha jangan putus. Solat duha memang hebat sangat peranannya, rezeki melimpah ruah.
Keberkatan datang, tapi jangan buat untuk dapatkan duit tetapi untuk mendapatkan keberkatan dan kasih sayang Allah.
Kunci dunia ini adalah kasih sayang, jika ada kasih sayang yang baik dari Allah maka Allah akan beri apa saja yang Dia mahu.
5. Jaga dan sayangi ibu bapa macam mereka adalah raja di dalam hidup kita, walaupun ibu bapa kita tidak menyukai kita.
Buatlah ape saja yang boleh untuk menyayangi ibu bapa kita. Orang yang berjaya adalah orang yang menyayangi ibu bapa mereka.
Huda Kamerang
013-5340576
x
No comments:
Post a Comment