Friday, 27 July 2012

Khasiat kurma

Sabda Rasulullah SAW:

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."



KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN


Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.


Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkanNabi Isa AS.


Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.


Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Makanan-makanan manis yang lain yang perlu dijauhkan.


Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


 KURMA

  

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".


Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".


Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".


Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati". 


Jom kawan2 kita amalkan makan buah kurma..

Nak share sikit la pengalaman huda dulu.Waktu nak beranak dulu huda tak boleh nak mam ape2 dah. fikir nak cepat2 deliver je..then terfikir pasal buah kurma, gagahkan diri makan gak dalam 5 biji buah kurma untuk tambah tenaga, coz tau buah kurma ni banyak khasiat kan :-))

Then alhamdulillah dapat deliver zara dengan jayanye hihi.
Mama harap anak2 mama, zara n dayana jd anak yang penyabar, bersopan santun n cerdas pemikirannya :) 
aaminn

013-5340576


 

No comments:

Post a Comment